Wednesday, August 21, 2013

SAKIT TEKAK + HILANG SUARA

Assalamualaikum di pagi Rabu,
Entri serta merta rajin sebab serius aku memang x boleh nak keluarkan suara sgt dah ni. Tapi sebab memang kategori orang riuh kan, jadiknyer., nak jugak bercakap ngan orang2.Penyakit aku ni kalau diingat semula, ni dah kali ke3 kt kene sepanjang hidup ni. Bukan jenis serak ke hape taw, tp memang sipi2 nak hilang terus. Kalau ckp pon, kene bisik2. Hilang nikmat suara seketika.

Semalam tido kan emrizq, dia tenung je muka aku. Mesti mintak aku selawat kan dia. Tapi ibu xder suara nak, saket perit sangat tekak ibu. Cian emrizq. Mainan tarik bunyi-bunyi tu dah macam x laku sgt dah nak kasik dia terlelap. Lame jgk lah malam tadi dia nak tido sebab xder dodoian. Nak suruh bapaknya lagi la tak tido emrizq nanti, mau bukak mata bulat2 sebab pantang dengar suara abah terus nak main.

Semalam dah pergi klinik, kat dalam UTM ni je. Tengok2 list nama doc, semua doc lelaki. Huh….Dr. Rozana (doc fav) tak ada, tak tahulah samada dia ada keje kat UTM lagi ataupun tak. Sebab sejak bersalin dulu, baru semalam g klinik. Tengok pon macam dah ada nama baru. Masuk2 bilik Doc, biase la diolag,
Saket ape?
Saya saket tekak (sambil berbisik la )
Ok, saya kasik strepsil.

Huh kalo la tahu kasik strepsil semata, baek aku g beli kat kedai je! Pastu aku cakap la aku nak panadol sebab kepala pon pening. Malam demam. Nak mandi pagi rasa mcm xnk mandi. Tak sampai 5 min pon kat bilik doc tu. Harapan konon2 doc nampaklah aku ni x sehat & kasik MC…tapi xpon. Dia tengok aku ok je gaknyer.

Hari ni tetap g keje. Suara makin takde dah. Sebelum g keje tadi, minum air rendaman nasik. Tu pon sebab petua orang tua2 jgk. Nyaman je rasa sebab sejuk air rendaman nasik ni. Tapi jangan lah ko guna nasik dah basi…hihihihihihi.. kang dapat sakit lain pulak. Rashid cakap, minum air banyak-banyak. Memang banyak dah aku minum, kat ofis je dekat 4 liter minum sebab botal air aku ni 2l punyer sukatan. Sampai budak2 ofis panggil aquarium nak letak ikan. Rasa macam nak g klinik je mintak mc sebab mata pon da perit, badan dah suam-suam kuku, tapi pasti tak dapat. Nak ke panel aduilah…lagi lah malas nk drive keluar. Jap lagi kol 12 aku nak naik surau tido.

Ni kire terlebeh makan kuih raya ke ape ke, x tahu lah. Datang rumah orang memang ngadap kuih raya je, hamek terus dapat penyaket… tapi ada kene mengene ke kueh raya & sakit tekak suara hilang. Hihihihi….
Ada beberapa lagi petua yg nak try pas ni… ce lah tengok mane tahu akan dtg korunk pon kene saket tekak smp suara hilang….

Hihihihi…. Boleh la geng… :-)
Petua 1: Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya. Campur sedikit air dan panaskan. Kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

Petua 2: Ambil bawang besar 2 biji dan buang kulitnya. Tumbuk atau mesin hingga hancur. Kemudian tapiskan dan airnya. Minum 2 kali sehari dan amalkannya 2 hari berturut-turut.

Petua 3: Ambil sebuku asam jawa dan ramaskannya dalam air.Campurkan dengan 1 gelas air sejuk, embunkan atau masukkan ke dalam peti sejuk. Minum air ini 2 kali sehari dan amalkannya sehingga suara serak hilang.

2 comments:

NINA FARHANA said...

Tq untuk info.dah seminggu suami sakit tekak dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

myza spears said...

Bukan ckp seminggu, sy dh 3minggu...macam mana nk pulihkan suara.terseksa rasanya...