Friday, August 23, 2013

BEKERJA vs TIDAK BEKERJA

Tiba-tiba pagi ni tangan gigil nak menaip pasal isu ni. Rasa macam x cukup jari ni nak meanip. Sebab banyak sgt nak diluahkan. Perasaan pon bercampur macam-macam. Biase la kan, kalau pasal anak, pasal diri..pasal suami & pasal keluarga..memang sensitive ciket kalau orang cuit muit ni.

Sebenarnya nak cite pasal isteri @ ibu BEKERJA vs isteri @ ibu TIDAK BEKERJA.

Untuk permulaan, saya ni BEKERJA… anak hantar pengasuh. Hantar jam 7 pagi, ambil jam 6 petang. Kalau awal pun 5.45 petang. Jarak tempat keje ngan rumah 50km +-.Rindu taw kat anak bile kat tempat kerja...

Erm…. Kenapa hantar pengasuh? Kan sudah ku bilang tadi . AKU KERJA. BUKAN SURI RUMAH. Nape x benti keje je jadik suri rumah boleh jage anak sendiri. KO GILER TAK KERJA??? SAPE NAK BAYAR KAN KERETE AKU 400RM SEBULAN?? SAPE NAK KASIK MAK AYAH AKU DUIT TIAP BULAN? SAPE NAK BAYARKAN HUTANG BELAJAR AKU TIAP BULAN? SAPE NAK BELIKAN AKU PAD KALAU AKU UZUR..? takkan pad herge 4..5 hengget tu pon nak mintak laki...x keje mintak je la laki duet.SENANGNYE KO CAKAP MINTAK LAKI DUET. KALAU LAKI AKU GAJI 7…8 RIBAN PON BELUM TENTU AKU BENTI KEJE. NTAH LA EK..MACAM TAKDE KEPUASAAN KALAU TAK KERJA NI. SEBAB DOK PIKIR, BOLEH TAK EK KALAU AKU TAK KERJA..LAKI KASIK AKU 2K TETIAP BULAN?? SEBAB AKU PERLUKAN 2K TETIAP BULAN. RASENYER MEMANG X DAPAT LA KOT...JAUH BUMI DARI LANGIT...HIHIHI

Tapi pada surirumah sepenuh masa tu, memang aku tabik. Suri rumah adalah pekerja paling mulia. Sape taknak jadik suri rumah kan. Ingat tak penat ke jadik suri rumah ni..dari ke subuh kerja dah menanti...pukul 10 malam pon belum tentu kerja rumah siap. Kite yg kerja ni kalau ngantok sangat kol 1 lunch hour bole la jugak tido kat surau, kalau kat umah, anak tido...kite nak tido tp eh..baju belum sidai..eh nasik belum tanak...eh... jamban tu macam dah berdaki blum da lame x cuci..eh tadi anak tumpahkan air x lap lagi... sebab tu pada yg bekerja ni..janganlah cakap suri rumah ni pemalas xnk keje. padahal keje suri rumah ni lagi banyak taw x... ce tengok bawAh ni...


Tapi aku perlu bekerja, untuk membantu ringankan beban suami. Memanglah suami yg bayar sewa rumah, utiliti rumah, pempes anak, susu anak, barang-barang dapur, minyak kereta, cc, dan sebagainya la kan. Tapi aku tetap nak duit aku sendiri. Eh pada suri rumah kan, satu je aku nasihatkan, jangan lupe pasang insuran ye. Mintak la laki satu hari 5 hengget utk 30 hari. Sebab insuran kan 150/month. Tu paling penting ok. Maksud ringankan beban suami tu..sebab aku nak duit banyak. Aku taknak kalau laki takat kasik 300..400 sebulan. Bukan x bersyukur, tapi memang x cukup 300..400 bagi aku ni. X tahula pada org lain. TAPI, KALAU AKU NI BEKERJA…LAKI X KASIK AKU DUIT PON AKU X KISAH. SEBAB AKU ADA DUET AKU SENDIRI. KO ADA??? TAK DE KAN. Kecuali kalau ko ada bisnes sampingan atau duet sampingan. Contoh duet sampingan, ko ada kebun kelapa sawit, tiap bulan makan hasil je 3k..4k.

Mesti akan ada yg cakap aku ni x reti nak bersyukur kan,.. makan je la ape yang laki ada. Beli je la yg mampu. Tapi..ramai key g boleh amalkan macam ni…mungkin aku dah terbiasa pegang duet sendiri kot..so buat masa sekarang memang tak terpikir nak benti keje, akan datang wallualam. Tengoklah kalau anak keluar setahun satu…hohohoho..tapi kalau anak kuar setahun satu 1.. hantar pengasuh bayar dalam 600rm..gaji time tu pon da banyak. So xde masalah kot nak kasik pengasuh 600rm.

AKU NI BANYAK SGT PIKIR KOT KALAU AKU TAK KEJE..TETIBE MUSIBAH DATANG MELANDA…MCM MANE TU….KALAU UMUR 30 AN…20AN..SENANGLAH CARIK KEJE UTK BEKERJA SEMULA…TP KALO UMO DA 40 AN…SAPE NAK HIRE AKU BEKERJA?? SEKELIP MATA INCOME TAKDE TU YG SELALU AKU PIKIR. JADIKNYER,KALAU AKU TAK KEJE, X MEMASAL SUH SUAMI TUKAR NAMA KWSP YG NAMA KEDUA TU NAMA AKU. TAPI DA NAMPAK MCM MATA DUETAN SGT PULAK KAN. KALAU KERJA KAN XYAH NAK PIKIR SEMUA TU.

Aku da macam merepek meraban dah ni. Bukan kami yg bekerja ni x sayang anak sampai sanggup anak hantar pengasuh @ taska. Tapi tu je jalan untuk kami. Takkan nak hantar tinggal anak kat kampung, minta tolong makpak jage..yang tu lagi aku cube elakkan. Taknak la susahkan makpak. Lainlah kalau makpak tu rumah dekat ngan rumah aku, malam dah boleh amik.
Ape yang aku mampu buat, berdoa tawakal supaya anak aku dilindungi dari perkara-perkara merbahaya. Tak semestinya anak cedera di tangan pengasuh kan. Kadang-kadang kita pon lalai jaga anak.

Sekarang banyak kes anak kene dera kat taska kan (ok da masuk point) huhuhuhu… kes anak kene dera kat taska dah banyak sangat aku dengar. Kesian pada ibu2 yang takde pilihan terpaksa hantar anak kat taska, then di salahkan kite pulak. (KENAPA IBU/ISTERI TAK JADIK SURIRUMAH JE) HOIIIIIII…kalaula bole,semua kaum hawa ni nak duk rumah taw!!sape taknak besarkan anak sendiri 24jam depan mata. Tapi banyak sebab kenapa perempuan perlu bekerja. Dah belajar tinggi sampai ke degree at least diploma, pastu duk rumah xder keje. Penat je makpak kuar duet banyak2 hntr ko sekolah tinggi..sebab nak ko dapat keje bagus2…lastnye..ko x keje. Langsung xde income. Tapi kalau gaji laki 7k 8k 9k 10k xpe. Memang mampu. Kalau takat gaji macam laki aku ni, memang xlah aku nak benti keje. Sebab mcm aku cakap tadi la. Aku perlukan 2k tiap bulan. Ko giler nak mintak laki 2k tiap bulan?????

Masalahnya bile kami hantar anak ke rumah pengasuh @ taska… pesal pengasuh @ taska nak dera bagai budak2 yang dah diamanahkan untuk di jaga tu?? Ni sebenarnya yang salah taw x. ko carik rezeki dari sumber tu, tapi ko x jalankan amanah dengan betul . haram duet yg ko dapat tu taw x. pastu duet haram tu ko belikan anak ko cekelat..eskem..coolblog, tutti frutti & sebagainya,. Sampai hati kan ko dera anak-anak asuhan ko tu… ke ko memang jenis perempuan yg langsung takde sifat keibuaan? Ciannye laki @ bf dapat ko sebab takde sifat paling penting utk seorang wanita.

Kepada kawan-kawan yg mcm saya ni…yang bekerja..same-same la kiter berdoa supaya anak kite dilindungi dari perkara-perkara berbahaya. Semua ibu nak yg terbaik utk anak masing-masing. Kepada ibu yg tidak bekerja, didiklah anak-anak sebaik mungkin lebih dari kami yg bekerja ni sebabnya masa korunk ngan anak lagi lama berbanding kami yg bekerja ni.

Insyallah.

Untuk tatapan bersama..

Wednesday, August 21, 2013

SAKIT TEKAK + HILANG SUARA

Assalamualaikum di pagi Rabu,
Entri serta merta rajin sebab serius aku memang x boleh nak keluarkan suara sgt dah ni. Tapi sebab memang kategori orang riuh kan, jadiknyer., nak jugak bercakap ngan orang2.Penyakit aku ni kalau diingat semula, ni dah kali ke3 kt kene sepanjang hidup ni. Bukan jenis serak ke hape taw, tp memang sipi2 nak hilang terus. Kalau ckp pon, kene bisik2. Hilang nikmat suara seketika.

Semalam tido kan emrizq, dia tenung je muka aku. Mesti mintak aku selawat kan dia. Tapi ibu xder suara nak, saket perit sangat tekak ibu. Cian emrizq. Mainan tarik bunyi-bunyi tu dah macam x laku sgt dah nak kasik dia terlelap. Lame jgk lah malam tadi dia nak tido sebab xder dodoian. Nak suruh bapaknya lagi la tak tido emrizq nanti, mau bukak mata bulat2 sebab pantang dengar suara abah terus nak main.

Semalam dah pergi klinik, kat dalam UTM ni je. Tengok2 list nama doc, semua doc lelaki. Huh….Dr. Rozana (doc fav) tak ada, tak tahulah samada dia ada keje kat UTM lagi ataupun tak. Sebab sejak bersalin dulu, baru semalam g klinik. Tengok pon macam dah ada nama baru. Masuk2 bilik Doc, biase la diolag,
Saket ape?
Saya saket tekak (sambil berbisik la )
Ok, saya kasik strepsil.

Huh kalo la tahu kasik strepsil semata, baek aku g beli kat kedai je! Pastu aku cakap la aku nak panadol sebab kepala pon pening. Malam demam. Nak mandi pagi rasa mcm xnk mandi. Tak sampai 5 min pon kat bilik doc tu. Harapan konon2 doc nampaklah aku ni x sehat & kasik MC…tapi xpon. Dia tengok aku ok je gaknyer.

Hari ni tetap g keje. Suara makin takde dah. Sebelum g keje tadi, minum air rendaman nasik. Tu pon sebab petua orang tua2 jgk. Nyaman je rasa sebab sejuk air rendaman nasik ni. Tapi jangan lah ko guna nasik dah basi…hihihihihihi.. kang dapat sakit lain pulak. Rashid cakap, minum air banyak-banyak. Memang banyak dah aku minum, kat ofis je dekat 4 liter minum sebab botal air aku ni 2l punyer sukatan. Sampai budak2 ofis panggil aquarium nak letak ikan. Rasa macam nak g klinik je mintak mc sebab mata pon da perit, badan dah suam-suam kuku, tapi pasti tak dapat. Nak ke panel aduilah…lagi lah malas nk drive keluar. Jap lagi kol 12 aku nak naik surau tido.

Ni kire terlebeh makan kuih raya ke ape ke, x tahu lah. Datang rumah orang memang ngadap kuih raya je, hamek terus dapat penyaket… tapi ada kene mengene ke kueh raya & sakit tekak suara hilang. Hihihihi….
Ada beberapa lagi petua yg nak try pas ni… ce lah tengok mane tahu akan dtg korunk pon kene saket tekak smp suara hilang….

Hihihihi…. Boleh la geng… :-)
Petua 1: Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya. Campur sedikit air dan panaskan. Kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

Petua 2: Ambil bawang besar 2 biji dan buang kulitnya. Tumbuk atau mesin hingga hancur. Kemudian tapiskan dan airnya. Minum 2 kali sehari dan amalkannya 2 hari berturut-turut.

Petua 3: Ambil sebuku asam jawa dan ramaskannya dalam air.Campurkan dengan 1 gelas air sejuk, embunkan atau masukkan ke dalam peti sejuk. Minum air ini 2 kali sehari dan amalkannya sehingga suara serak hilang.

Tuesday, August 20, 2013

UKHWAH YANG TERJALIN DI BULAN SYAWAL

Assalamualaikum,,.

Salam Aidilfitri kawan-kawan...
syawal ke 13 hari ni, majoriti dah naik kerja kan..

Disebabkan hari ni suara dah tak berapa nak ada,
maka nya...daku nak bercoret kat blog.
Tergerak hati nak kongsi cerita di sini... :-)

Tajuk utama UKHWAH YANG TERJALIN DI BULAN SYAWAL.

Rasanya takde sape pon tahu kes ni dulu kecuali Rashid... even ada beberapa org
kawan yang perasan & bertanya.. tapi wa ignore je.. biarlah takde sape yang tahu,
kite simpan sendiri2 je. Jadiknya, dalam post ni pun sy xnak cerita ape yg pernah terjadik dulu.
Yang pasti, kami dah berkawan, sudah berbaik walaupun x pernah jumpa.

Biasalah perkara salah faham tu selalu akan terjadi kat kita kan.
Samada kita pandai control perasaan atau tak je.
Masing-masing dah besar & dah masuk U.. pemikiran pon dah matang,
mungkin dah tiba masanya untuk kite buang yang keruh, ambil yang jernih.

Ikhlas dari hati untuk terima nya sebagai kawan walaupun hati ini pernah disakiti.
hehehe..Ibu raif emrizq ok je. Saya dah besar.. :-).

Walau tak pernah bersua muka, dari tutur kata,dari gerak hati, kita boleh dapat rasa aura
keikhlasah hati seseorang. Kalau tersilap aura tu, mungkin kesilapan kita.
yang baik datang dari Allah, yg buruk datang dari diri kita sendiri.

Kepada KAWAN tersebut, terima kasih kerana sudi berkenalan secara baik dengan saya.


Peace, no war. :-)



Friday, August 2, 2013

GOJES BLOGGER SUPERMOM & BABY :-)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Pagi 2 Ogos 2013 ( Jumaat ), terasa hati bersemangat sungguh nak update blog pagi2 ni.
Boss takda...o/station...ngeeeee...
~~maaf boss...curik masa ciket je nak berkarya... :-)

daku nak bercerita apa yg membuatkan nak kembali berblog semula..
ada satu sebab je..

1. SAYA SALAH SEORANG MEMBER DARI GOJES BLOGGER SUPERMOM & BABY :-)

Memula memang tak ada hati nak kembali aktif berblog,
sebabnya daku x pandai nak buat cantik-cantik mcm kawan2 yg len,bila baca blog kawan2,
seronok sangat sebab cantik2, meriah, menarik.

Lepas naik cuti berpantang 90 hari,
lagi aktif masuk group tu sebab da ada raif emrizq.
sebelum ni hanya amik ilmu berpantang, ilmu mengandung,
tapi once dah ada baby ni, lagi byk ilmu yg kita perlukan..
insyallah, kawan-kawan blogger dapat membantu.

Kat kereta siap tampal sticker...hehehe....tapi daku di JB...mungkin tak ramai ahli kat JB.
harap-harap, satu hari nnti dapat join ahli-ahli yg len buat gathering. amin.



Terima kasih utk Nana (blogger Nana Farhana) sebab add daku utk join sekali dlm group private tu.
Bes sangat group tu, ahli baik-baik. Takde kutuk mengutuk antara satu sama lain.
Mungkin sebab kami semua dah ada anak & bakal dah anak, jadik nye dah x kuasa nak buat benda-benda 'la gha'

Buat masa ni, pernah jumpa Nana Farhana je, baru je jumpa hari tu kat JPO.
Comel loteh nana ni. Selalu tengok dalam gambar je...heehee.
Si farish pon dapat tengok depan mata..aktif & cerdik.
Kalau nak dukung dia, kene pancing ciket..'jom tengok birds..jom main air..' hihihi...


Emrizq pon tak nanges sebab dia baru bangun tido, perut kenyang. Mood baik je.

Pasni nak cuba ke Melaka pulak nak jumpa umar mak etty,
nak ke pantai timur nak jumpe aryan dyll falah, amani intan norazam,
lagi fayyadh lyana,
kak mimi fayel., ros anis, amalini amal, anez zamri,
dan ramai-ramai lagi,...
:-)...

## mood nak belajar cantik-cantik kan blog. :-)


Thursday, August 1, 2013

REVIEW : STROLLER QUINNY ZAPP XTRA

Assalamualaikum……. Kawan-kawn semua., X thu la arini tibe-tibe nk cite pasal stroller..sbb ramai yg tnye beli kat mane,

bes ke, berbaloi ke, x membazir ke, anak nak duduk lama ke dalam tu, Ok la, mari kita mula kan. Daku beli stroller ni online. Eh jap..cerite dulu kejadian sebelum nak membeli. Sebulan dua jugaklah nak memujuk rashid supaya dia setuju dengan pilihan daku ni. Benda mahal jadik nye daku mmg x berani nak buat keputusan sendiri. Memula nya..memang rashid tak berapa nak setuju. Tapi tiap malam jugak daku physco dia tengok gambar stroller tu depan dia. Sambil tengok tv, sambil tengok gambar stroller. Sambil tengok video stroller ni. Giler la… ~~sebab memang nak sesangat..


Kenapa pilih stroller ni ? Daku mencarik stroller yang boleh muat bonet kereta kecil ku. Daku pakai viva je pun. Kitaorang lagi senang melompat sana sini ngan viva je sbb kereta kecik kan. Senang selit selit kalo nk carik parking… Kereta rashid simpan kat rumah makpak dia sbb kalau jalan jauh je baru guna kereta tu. Dan memang betul…stroller ni muat bonet viva. Siap ada space utk letak brg2 lain. Memula mcm x yakin jugak muat..tp menurut kata penjual tu, memang muat.


Ape yg merisaukan, adalah kalau raif emrizq taknak duduk dalam stroller… hadoi…ibu nya dah beli harap2 nak la die duduk kan. So far sampai sekarang dia boleh bertahan lagi duduk dalam tu sambil nyanyi2..jerit2.. happy la kot sebab rashid suka tolak2 sambil gurau2 ngan dia..ala-ala mcm lumba kereta. Ok, marilah daku buat kesimpulan ringkas utk stroller ni.

QUINNY ZAPP XTRA.
***** RINGAN & MUDAH NAK HANDLE
***** BOLEH TOLAK SEBELAH TANGAN JE SAMBIL DUKUNG ANAK
***** SENANG NAK HANDLE KALO KAT TEMPAT SEMPIT
***** LIPATAN KEMAS DAN MUAT BONET KERETA VIVA
***** WALAUPUN LIPAT ASING DENGAN SEAT, SANGAT CEPAT, X SAMPAI 10 SAAT PUN CANTIK BERGAYA
***** SILA LAH BELI….. HEHEHE… (bole kumpul duit @ bayar ansur-ansur)

Secara keseluruhan, daku mmg berpuas hati sangat2 dengan stroller ni. Tapi kalau orang lain, daku x tahu. 4.9*/5*